KETUA PENGARAH

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi mempromosi, memantau dan menyelia pematuhan berkaitan pentadbiran Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Peranan dan Fungsi:-

  • Bertanggungjawab sebagai pengurus dan pentadbir Jabatan Perlindungan Data Peribadi - pentadbiran, sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat, perhubungan awam, yang mana mempunyai bebanan kerja yang berat;

  • Mewakili jabatan dalam apa-apa mesyuarat peringkat antarabangsa dan kementerian;

  • Melaksanakan dan menguatkuasakan Undang-undang Perlindungan Data Peribadi termasuk perumusan dasar dan tata cara operasi;

  • Memantau dan menyelia pematuhan peruntukan Akta, termasuk pengeluaran pekeliling, notis penguatkuasaan atau apa-apa surat cara lain kepada mana-mana orang;

  • Menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan sejawatnya di mana-mana tempat di dalam dan diluar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berkepentingan bersama;

  • Mewakili Malaysia dalam perkara yang berhubung dengan perlindungan data peribadi sama ada dalam atau luar Malaysia;

  • Oleh kerana jabatan ini merupakan satu-satunya jabatan perlindungan data peribadi di Asia Tenggara, Ketua Pengarah memainkan peranan dalam pembentangan kertas di peringkat Negara dan antarabangsa;

  • Menjadi penasihat kepada Menteri berhubung Dasar Kebangsaan berkaitan dengan perlindungan data peribadi dan segala hal-hal berkaitan;

  • Merancang pelaksanaan aktiviti siasatan dan operasi seiring dengan pematuhan Akta 709;

  • Mempromosi, memantau dan menyelia pematuhan dan pentadbiran Akta 709;

  • Merancang penerbitan laporan perakuan pemeriksaan bagi pematuhan Akta oleh pengguna data;

  • Mewujud dan menyelaras jalinan kerjasama bagi tujuan penyebaran, pelaksanaan serta penguatkuasaan Akta 709 termasuk perumusan dasar dan tatacara operasi; dan

  • Mewujud dan memastikan kesedaran umum berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta 709.