Memorandum Kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Pdp Dengan KVKK Turkiye Tingkat Keupayaan Rentas Negara

Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah menandatangani satu Memorandum Kerjasama (MOC) dengan Personal Data Protection Authority (KVKK) Turkiye di Istanbul, Turkiye pada 7 Jun 2024 (waktu Malaysia). Pesuruhjaya PDP, Prof. Dr. Mohd Nazri bin Kama telah menandatangani MOC tersebut bersama Presiden KVKK Turkiye, Prof. Dr. Faruk Bilir sambil disaksikan oleh pegawai-pegawai daripada kedua-dua pihak. […]