Bengkel Penandaarasan Amalan Terbaik Perlindungan Data Peribadi Bersama Industri, 5 dan 6 Februari 2024
Tujuan pelaksanaan bengkel adalah bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil industri berhubung pelaksanaan amalan terbaik perlindungan data peribadi dan membuat kajian perbandingan antara cadangan pindaan Akta 709 dengan perundangan negara-negara lain seperti United Kingdom, European Union, Jepun, China, Republik Korea, Singapura, Filipina dan Australia.
Pelaksanaan bengkel ini juga adalah penting sebagai salah satu inisiatif Pejabat PPDP untuk mendapatkan input bagi membangunkan peraturan dan garis panduan kepada Akta 709 serta menyokong perbahasan YB Menteri Digital dan Ahli-Ahli Parlimen semasa sesi Parlimen yang akan datang.
Antara skop yang dibincangkan semasa bengkel tersebut adalah seperti berikut:
- Perluasan skop Akta 709 kepada semua transaksi;
- Peningkatan nilai penalti bagi pelanggaran prinsip perlindungan data peribadi;
- Penambahan tanggungjawab pematuhan kepada Pemproses Data;
- Pewujudan peranan Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer) atau DPO;
- Kewajipan penghantaran notifikasi ketirisan data (Data Breach Notification) atau DBN;
- Memperkenalkan hak mudah alih data (Data Portability) kepada Subjek Data; dan
- Pemansuhan Whitelist bagi pemindahan data merentas sempadan (cross border data transfer)