Kod Tata Amalan ini adalah khusus bagi orang-orang/pihak-pihak yang memegang lesen di dalam sektor perbankan dan institusi kewangan di Malaysia, iaitu semua institusi perbankan dan kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, dan telah dibangunkan oleh Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) yang telah dilantik sebagai Forum Pengguna Data bagi sektor perbankan dan institusi kewangan, dengan penglibatan dan bantuan daripada Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan dan
Pembangunan Malaysia (ADFIM).
Institusi Perbankan dan Kewangan yang memegang lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2010 dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, sebagaimana yang berkenaan, tidak dianggap sebagai Pengguna Data bagi tujuan Kod Tata Amalan ini dan oleh itu tidak perlu mematuhinya. Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk mematuhi Kod Tata Amalan ini secara sukarela, namun penalti-penalti di dalam Kod ini tidak terpakai ke atas mereka.