JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Maklumat yang perlu anda tahu tentang Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Digital yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Digital yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.

Jabatan ini bertanggungjawab bagi membantu Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dalam menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

Akta 709 digubal untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial di Malaysia

Peneraju utama dalam melindungi kepentingan data peribadi dalam mencapai kesejahteraan sebagai negara maju yang selari dengan Agenda Transformasi Negara.

Mengawal selia perlindungan data peribadi untuk mewujudkan kepercayaan di kalangan pengguna yang menyumbang kepada peningkatan transaksi komersial.

Mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan seterusnya secara tidak langsung memberi perlindungan kepada individu tersebut.

Memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi serta tindakan penguatkuasaan untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi agar hak peribadi rakyat Malaysia sentiasa terpelihara.