Peranan Bahagian dan Seksyen

Fungsi bagi setiap bahagian seksyen yang terdapat di JPDP

Seksyen Pengurusan Pendaftaran

Seksyen Pengurusan Pendaftaran

Menyelaras dan memantau hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran Pengguna Data dan Forum Pengguna Data sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Bahagian Pemantauan

Seksyen Pemantauan

Menyelaras dan memantau hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran Pengguna Data dan Forum Pengguna Data sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Seksyen Teknologi Maklumat

Seksyen Teknologi Maklumat

Memberi perkhidmatan sokongan teknikal, sistem dan bantuan khidmat nasihat berhubung pelaksanaan ICT kepada warga Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Seksyen Komunikasi Korporat

Seksyen Komunikasi Korporat

Mempromosikan dasar program dan aktiviti Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.

Seksyen Khidmat Pengurusan

Seksyen Khidmat Pengurusan

Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, sumber manusia, perjawatan dan kewangan Pejabat Pesuruhjaya PDP. Menguruskan dan menyelia aset Jabatan PDP dan Pejabat Pesuruhjaya PDP ditadbir secara teratur berdasarkan kepada peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.

Seksyen Hal Ehwal Pengawal Data

Seksyen Hal Ehwal Pengawal Data

Menyelaraskan dan memantau hal-hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pengguna Data seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]. Merancang,mengurus dan melaksana kesedaran umum melalui pendidikan, dan advokasi berkaitan Akta 709.

Seksyen Dasar dan Perhubungan Antrabangsa

Seksyen Dasar dan Perhubungan Antarabangsa

Melaksana dan menyelaras perkara berkaitan dasar perlindungan data peribadi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menambahbaik pindaan akta dan peraturan berkaitan Akta dan membantu Pesuruhjaya PDP dalam membuat perundingan di peringkat antarabangsa.

Bahagian Perundangan

Seksyen Penyelidikan dan Penilaian Risiko

Memberi khidmat perundangan kepada Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi meliputi nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, semakan dokumen perundangan dan mengendalikan kes-kes pendakwaan.