Standard perlindungan data peribadi ialah keperluan minimum yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Malaysia dalam memastikan keselamatan, penyimpanan dan integriti sentiasa terjamin. Standard ini diguna pakai bagi pengendalian data peribadi secara elekronik dan bukan elektronik.

  1. Standard Keselamatan
    Pengguna Data hendaklah menyediakan langkah- langkah keselamatan yang praktikal ketika pemprosesan data peribadi untuk melindungi
    data peribadi itu daripada hilang, salah guna, diubah suai, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

  2. Standard Penyimpanan
    Pengguna Data hendaklah mengambil langkah- langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa segala data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika tidak lagi diproses.

  3. Standard Integriti Data
    Pengguna Data hendaklah mengambil langkah- langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.