LAWATAN PEMERIKSAAN SISTEM PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DI BAWAH SEKSYEN 101, AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [AKTA 709] KE ATAS MINDTECH EDUCATION SDN. BHD., KOTA DAMANSARA, SELANGOR
Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah mengadakan Lawatan Pemeriksaan Sistem Perlindungan Data Peribadi di bawah Seksyen 101, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] ke atas Mindtech Education Sdn. Bhd., Kota Damansara, Selangor pada 2 September 2024.
Sesi lawatan pemeriksaan ini dimulakan dengan pengenalan anggota Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya PDP yang terlibat, taklimat Pemeriksaan Sistem Data Peribadi kepada Mindtech Education Sdn. Bhd. Seterusnya, Puan Jamie Chan Yee Fuan telah memberikan penerangan kepada pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya PDP mengenai carta organisasi, pengoperasian, tatacara pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi secara fizikal dan digital pelanggan.
Kemudian, Pemeriksaan Sistem Data Peribadi berdasarkan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi dan Standard Perlindungan Data Peribadi telah dilakukan ke atas keseluruhan sistem data peribadi Mindtech Education Sdn. Bhd. Dalam lawatan ini, Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya PDP juga memberikan saranan penambahbaikan kepada Mindtech Education Sdn. Bhd. bagi meningkatkan lagi pematuhan terhadap Akta 709.
Mindtech Education Sdn. Bhd. merupakan syarikat jualan langsung yang tergolong di bawah 13 Golongan Pengguna Data yang wajib berdaftar di bawah Akta 709 dan wajib patuh kepada Akta ini.