Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “pengguna data” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “pengawal data” kecuali dalam takrif “daftar” di bawah seksyen 4, dan seksyen 9.