Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP. Calon yang berminat boleh kemukakan resume bergambar dan borang jawatan kosong (di laman sesawang https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/) kepada pengambilan@pdp.gov.my dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP DI JPDP TAHUN 2025 sebelum atau pada 20 Disember 2024.
*Hanya calon-calon yang layak akan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk sesi temu duga