Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) yang mula berkuatkuasa pada 15 November 2013, mengkehendaki supaya suatu Kod Tataamalan berasingan untuk setiap kelas pengguna data.
Di dalam Kod Tataamalan ini, istilah-istilah tertentu telah digunakan. Maksud istilah tersebut dijelaskan dalam Lampiran I (Definisi) kepada Kod Tataamalan ini.
Kod Tataamalan ini :-
(a) dibangunkan oleh Pengguna Data di bawah Seksyen 23(1)(b) APDP dan terpakai kepada Sektor Utiliti (Elektrik);
(b) mengawal selia Pemprosesan Data Peribadi oleh Pengguna Data dan melindungi hak-hak Subjek Data dan Data Peribadi;
(c) menyediakan pendekatan operasi kepada prinsip-prinsip perlindungan data di bawah APDP; dan
(d) terpakai kepada semua Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif yang DiProses oleh Pengguna Data.