AKTIVITI PENGUATKUASAAN TERHADAP GOLONGAN PENGGUNA DATA YANG TIDAK BERDAFTAR DI BAWAH SEKSYEN 16(4), AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [AKTA 709]
Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna data yang tidak berdaftar bagi golongan pendidikan di bawah Seksyen 16(4) pada 22 Februari 2024.
Penguatkuasaan telah dijalankan dengan membuat semakan sijil perakuan pendaftaran pengguna data serta pemeriksaan ruang penyimpanan data peribadi oleh pasukan penguatkuasa PDP.
Sektor Pendidikan tergolong di bawah 13 Golongan Pengguna Data yang wajib berdaftar di bawah Akta 709 dan wajib patuh kepada Akta ini.