AWAM
Maklumat yang perlu anda tahu tentang perlindungan data peribadi
Ambil maklum tentang perlindungan data mengenai hak subjek data dan tips penjagaan data peribadi. Lindungi diri anda daripada pemasaran gangguan dengan lapor aduan anda kepada kami
- Hak Subjek Data
Anda mempunyai hak-hak apabila seseorang atau organisasi mengambil dan merekodkan butir-butir perbadi anda untuk tujuan transaksi komersial. Terdapat 8 hak subjek data yang anda perlu ketahui, ianya adalah:
- Diberitahu tujuan data peribadi kita diproses oleh sesuatu organisasi atau dalam kata lain untuk apa? Pengawal data yang mendapatkan maklumat peribadi anda hendaklah memberikan...
- Hak anda untuk mengakses data peribadi sekiranya perlu.
- Hak anda untuk membetulkan data peribadi kita yang telah diproses.
- Hak anda untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi tersebut sekiranya merasa sudah tidak berkepentingan lagi terhadap perkara berkenaan.
- Kita perlu tahu akan hak kita untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakkan atau tekanan (distress).
- Kita juga adalah berhak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung.
- Hak untuk kebebasan dari membuat keputusan automatik.
- Hak untuk menolak panggilan memasaran langsung atau mel.