Bagi Sesi Taklimat “Personal Data Protection Act 2010” Anjuran Direct Selling Association Of Malaysia (DSAM)

YBrs. Dr. Cheryl Barr Kumarakulasinghe, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Hal Ehwal Pengguna Data telah mewakili Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (Pesuruhjaya PDP) sebagai penceramah jemputan bagi sesi taklimat “PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010” anjuran Direct Selling Association of Malaysia (DSAM). Sesi ini telah berlangsung pada 21 Mac 2024 secara dalam talian.
 
Sesi ini merupakan salah satu platform latihan dan perkongsian pengetahuan berhubung Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]. Dalam sesi ini yang dihadiri 126 orang peserta secara secara dalam talian, Dr. Cheryl telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai kesedaran terhadap perlindungan data peribadi dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil di bawah Akta 709.