Telah berlangsung Bengkel Pematuhan Prinsip Perlindungan Data Peribadi melibatkan penyertaan 50 kakitangan Seksyen Pentadbiran,Sumber Manusia,Cawangan Keselamatan,Hal Ehwal Pelajar dan Teknologi Maklumat anjuran Sekolah Menengah Kuen Cheng, Kuala Lumpur.
Bengkel ini juga turut disertai oleh wakil dari Sekolah Menengah Hin Hua,Sekolah Menengah Chong Hua,Sekolah Menengah Kwang Huan dan Sekolah Menengah Confucian.
Dalam sesi ini, Encik Mohamad Azrul bin Azmi, Penolong Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi telah menyampaikan taklimat berkenaan Pengenalan Akta 709, isu semasa berkaitan pelanggaran Akta, tata amalan umum dan aktiviti penilaian kendiri Pematuhan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi termasuk Pematuhan Standard Keselamatan, Integriti dan Penyimpanan.
Bengkel ini juga turut menambahbaik kandungan Notis Privasi,borang permintaan akses,pembetulan, permohonan data pelajar dan “Penarikan balik Persetujuan Pemasaran” sepertimana termaktub di dalam Prinsip Akses (Akta 709).