BENGKEL PENYEDIAAN DAN PENGURUSAN KERTAS SIASATAN PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Bengkel Siasatan dan Pengurusan Kertas Siasatan telah diadakan pada 8 Ogos hingga 10 Ogos 2024 bertempat di Imperial Heritage, Melaka.
Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai dari aspek penerimaan laporan, teknik siasatan, seterusnya penyediaan kertas siasatan (IP) yang lengkap. Peserta telah didedahkan dengan modus operandi dan garis panduan yang betul serta rujukan undang-undang dan punca kuasa yang tepat.
Bengkel ini turut disertakan dengan latihan amali secara berkumpulan.
Bengkel ini telah melibatkan seramai 21 orang pegawai dari Bahagian Pemantauan Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi. Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Mohd Nazri bin Kama, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.
Beliau dalam ucapannya turut berharap agar bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan semua dalam usaha untuk memastikan integriti dan keberkesanan dalam setiap aspek pengurusan siasatan dan pengetahuan ditingkatkan.