1. Pembayaran fi pendaftaran hendaklah dibuat dalam masa 14 hari setelah pemohon menerima e-mel pemberitahuan kelulusan pendaftaran.
  2. Perakuan Pendaftaran akan disediakan selepas bayaran fi pendaftaran dijelaskan.
  3. Pengawal Data tergolong dari dua atau lebih golongan pengawal data hendaklah membuat pendaftaran yang berasingan.
  4. Tempoh sah laku pendaftaran adalah 1 hingga 2 tahun dari tarikh permohonan diluluskan. Peringatan pembaharuan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel kepada pengawal data berkenaan, 3 bulan sebelum tarikh tamat perakuan pendaftaran.
  5. Kadar fi pendaftaran tahunan yang dikenakan adalah berdasarkan jenis perniagaan seperti di bawah
Jenis Perniagaan Jumlah Fi (Setahun)
Pemilikan tunggal RM 100
Perkongsian RM 200
Sendirian Berhad RM 300
Awam Berhad RM 400