LAWATAN PEMERIKSAAN SISTEM DATA PERIBADI DI BAWAH SEKSYEN 48 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI KE ATAS SITTAL CAR PARK SDN BHD
Pada 3 Mac 2023, Pasukan Penguatkuasa JPDP telah mengadakan lawatan pemeriksaan sistem data peribadi di bawah Seksyen 48 ke atas SITTAL Car Park Sdn. Bhd, Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor.
Sesi ini dimulakan dengan taklimat oleh En. A. Muralitharan, Pengarah Urusan SITTAL mengenai pemprosesan data peribadi pelanggan bermula dari pengisian borang, persetujuan, penzahiran, tempoh penyimpanan serta akses.
Antara cabaran pihak SITTAL dalam menguruskan pemprosesan data peribadi adalah perkembangan teknologi terkini terutama berkaitan sistem “entry” parkir, pengecaman imej muka, cashless & ticketless payment system yang memerlukan penstoran data yang besar.
Turut sama dalam Pasukan Penguakuasa JPDP ialah Encik Fazlan Abdullah, Pegawai Keselamatan Siber dari CyberSecurity Malaysia yang berkongsi mengenai isu terkini berkaitan kebocoran data dan langkah pencegahan utama iaitu pendidikan serta latihan kepada kakitangan terhadap keselamatan siber.
Sesi seterusnya melibatkan pemeriksaan sistem perlindungan data peribadi berdasarkan standard keselamatan, penyimpanan dan standard integriti data.