LAWATAN PEMERIKSAAN SISTEM DATA PERIBADI DI BAWAH SEKSYEN 101, AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [ AKTA 709 ] KE ATAS KY MAJU DEVELOPMENT SDN. BHD, PULAU PINANG
Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Sistem Data Peribadi di bawah Seksyen 101, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] ke atas Pengguna Data iaitu KY Maju Development Sdn. Bhd. pada 23 Ogos 2024.
Sesi lawatan pemeriksaan ini dimulakan dengan taklimat pemeriksaan sistem data peribadi berdasarkan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang dijalankan ke atas KY Maju Development Sdn. Bhd. dan Puan Iris Ang Lay Chin, Pengurus Bahagian Pentadbiran, Akaun dan Jualan KY Maju Development Sdn. Bhd. telah memberikan penerangan kepada Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya PDP mengenai carta organisasi pengurusan tertinggi, pengoperasian, tatacara pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi pelanggan.
Seterusnya, pemeriksaan telah dilakukan ke atas keseluruhan sistem data peribadi KY Maju Development Sdn. Bhd. beserta penerangan mengenai tatacara pengumpulan dan penyimpanan data peribadi secara fizikal dan elektronik. Dalam lawatan ini, Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya PDP juga memberikan saranan penambahbaikan kepada KY Maju Development Sdn. Bhd. bagi meningkatkan lagi pematuhan terhadap Akta 709.
KY Maju Development Sdn. Bhd. merupakan entiti hartanah yang tergolong bawah 13 Golongan Pengguna Data yang wajib berdaftar di bawah Akta 709 dan wajib patuh kepada Akta ini.