LAWATAN PEMERIKSAAN SISTEM DATA PERIBADI DI BAWAH SEKSYEN 101, AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [ AKTA 709 ] KE ATAS PUSAT DIALISIS MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) BUKIT JELUTONG, SELANGOR
Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah mengadakan lawatan pemeriksaan Sistem Data Peribadi di bawah Seksyen 101, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] ke atas Pengguna Data iaitu Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong, Selangor pada 21 Mac 2024.
Sesi lawatan pemeriksaan ini dimulakan dengan taklimat pemeriksaan sistem data peribadi berdasarkan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang akan dijalankan ke atas Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong. Seterusnya, pemeriksaan telah dilakukan ke atas keseluruhan sistem data peribadi Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong serta tatacara pengumpulan dan penyimpanan data peribadi secara fizikal.
Dalam lawatan ini, Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya PDP juga memberikan saranan penambahbaikan kepada Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong bagi meningkatkan lagi pematuhan terhadap Akta 709.
Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong merupakan entiti yang tergolong di bawah 13 Golongan Pengguna Data yang wajib berdaftar di bawah Akta 709 dan wajib patuh kepada Akta ini.