Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Digital, YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, telah bersama-sama warga Kementerian Digital pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Digital kali kelima yang diadakan di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.
Antara pengisian pada perhimpunan kali ini adalah Majlis Pertukaran Nota Kerjasama antara Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan CyberSecurity Malaysia.
Turut hadir pada perhimpunan ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Digital, YBhg. Tuan Fabian Bigar; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik dan Pengurusan), YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir; Ketua Pengarah merangkap Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, YBrs. Prof. Dr. Mohd Nazri Kama; Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, YBrs. Dr. Fazidah Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital, Encik Adrian Marcellus, serta barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian Digital.