PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Maklumat yang perlu anda tahu tentang Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi

Pejabat Pesuruhjaya PDP menekankan atas dasar perhubungan masyarakat yang berinformasi, kreatif dan berbudaya digital dalam melindungi data peribadi bersama

Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Digital yang diwujudkan pada 15 November 2013 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.

Pesuruhjaya adalah suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

Pesuruhjaya PDP bertanggungjawab untuk mengawal selia pemprosesan transaksi komersial data peribadi oleh organisasi (Pengawal Data) dan melindungi kepentingan individu daripada sebarang penyalahgunaan data peribadi.

PPDP melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perlindungan data peribadi, termasuklah perumusan dasar dan tatacara operasi.

Peneraju perlindungan data peribadi yang diyakini rakyat dan diiktiraf antarabangsa

Meningkatkan keselamatan data peribadi melalui pematuhan dan penguatkuasaan Akta 709 yang berkesan

Penegasan komitmen pelaksanaan undang-undang secara konsisten dan berwibawa

Mewujudkan pembudayaan perlindungan data peribadi yang mampan dalam kalangan rakyat

Peningkatan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan data peribadi melalui advokasi berterusan

Memperkasa ekosistem perniagaan dan perdagangan yang selamat dan dipercayai

Memperkasa persekitaran yang memupuk keyakinan dan kepercayaan pemangkin kepada ekonomi

Peningkatan Pematuhan

Meningkatkan kepatuhan kumpulan sasaran terhadap Akta 709

Penyelesaian Aduan/ Siasatan

Menyelesaikan aduan atau siasatan dengan segera, telus dan professional

Peningkatan Keyakinan Rakyat

Meningkatkan keyakinan rakyat tentang peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya

Pengiktirafan Antarabangsa

Menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai sebuah agensi perlindungan data peribadi sebagai contoh oleh negara lain

Menjadi Centre of Excellence

Mempunyai kepakaran untuk menyediakan khidmat nasihat dan pembangunan penyelidikan berkaitan dengan perlindungan data peribadi