Wajar orang ramai mengetahui bagaimana data peribadi kita diperolehi dan menyedari akan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang disaran oleh APDP 2010 (Akta 709) iaitu :-

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) dalam Akta  709 ini demi menjaga keutuhan data peribadi :-

  • Pertama
    Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.

  • Kedua
    Mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan.

  • Ketiga
    Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

  • Keempat
    Prinsip Keselamatan – apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

  • Kelima
    Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan.

  • Keenam
    Prinsip Integriti Data – setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

  • Ketujuh
    Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini
     

Oleh  yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta i.