SERAHAN NOTIS PERINGATAN 14 HARI PENDAFTARAN PENGGUNA DATA DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [AKTA 709] DI SEKITAR BANDAR KULIM, KEDAH
Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah turun padang membuat serahan Notis Pendaftaran Pengguna Data kepada Pengguna Data di sekitar Kulim, Kedah pada 21 Ogos 2024.
Notis ini dikemukakan secara serahan tangan kepada Golongan Pengguna Data yang wajib berdaftar. Semasa serahan notis, Pasukan Penguatkuasa Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) juga turut membuat pemeriksaan ke atas Sijil Perakuan Pendaftaran yang dipamerkan di premis Pengguna Data.
Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan data peribadi rakyat Malaysia yang digunakan oleh mana-mana entiti atau syarikat diproses dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan berdasarkan Prinsip dan Standard Perlindungan Data Peribadi yang digariskan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].